ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 85. Memanggil semula saksi apabila pertuduhan diubah.

Apabila sesuatu pertuduhan diubah atau ditambah oleh Mahkamah selepas bermulanya perbicaraan, pendakwa dan tertuduh hendaklah dibenarkan memanggil semula atau menyaman semula dan memeriksa, dengan merujuk kepada pengubahan atau penambahan itu, mana-mana saksi yang telah diperiksa, dan boleh juga memanggil apa-apa keterangan selanjutnya yang mungkin material.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.