ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR



Seksyen 16. Setiausaha.

(1) Majlis boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan layak untuk menjadi Setiausaha kepada Majlis.

(2) Setiausaha hendaklah bertanggungjawab bagi membantu Ketua Pegawai Eksekutif Majlis dalam menjalankan dasar-dasar dan ketetapan-ketetapan Majlis.

(3) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Pengerusi atau Ketua Pegawai Eksekutif Majlis kepadanya, Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat-menyurat dan dokumen Majlis, dan hendaklah dalam apa-apa hal lain menjalankan tugas-tugas yang dikenakan ke atasnya oleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi atau Ketua Pegawai Eksekutif Majlis.

(4) Setiausaha berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.