ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 78. Orang-orang yang berhak kepada penjagaan ke atas diri dan harta.


Sesungguhnya hak terhadap hadhanah atau penjagaan anak boleh diletak hak pada seseorang lain, bapa adalah penjaga hakiki dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah berpindah kepada orang-orang yang berikut mengikut susunan-


Dengan syarat bahawa ia adalah seorang berugama Islam, dewasa, siuman dan boleh dipercayai.

(2) Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa mutlak untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka dengan syarat bahawa ia adalah siuman.

(3) Peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1) tidak boleh dipakai untuk membenarkan penjaga-penjaga itu menjalankan apa-apa kuasa ke atas harta kanak-kanak itu, dalam hal yang demikian Mahkamah hendaklah melantik seseorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.