ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
BILA PENGHAKIMAN MAHKAMAH RELEVAN



Seksyen 29. Kerelevanan penghakiman tertentu dalam bidang kuasa probet, dan sebagainya.

(1) Suatu penghakiman, perintah atau dekri muktamad oleh suatu Mahkamah pada menjalankan bidang kuasanya berkenaan probet, wasiat, atau hal ehwal perkahwinan, yang memberi kepada atau melucutkan daripada seseorang sesuatu sifat di sisi undang-undang, atau yang mengisytiharkan seseorang berhak kepada sifat itu, atau berhak kepada sesuatu benda spesifik, tidak sebagai terhadap mana-mana orang tertentu tetapi dengan mutlaknya, adalah relevan apabila kewujudan sesuatu sifat di sisi undang-undang itu atau hak seseorang itu atas sesuatu benda itu adalah relevan.

(2) Penghakiman, perintah atau dekri itu adalah bukti muktamad -





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.