ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VII - SAKSI



Seksyen 90. Bilangan saksi.

(1) Kesalahan zina yang hendak dihuku mengikut Hudud hendaklah dibuktikan dengan syahadah tidak kurang daripada empat orang lelaki yang menyaksikan perbuatan itu.

(2) Dakwaan seorang yang dikenali kaya bahawa dia telah menjadi papa tidak boleh diterima melainkan jika ia disokong oleh syahadah tiga orang saksi lelaki.

(3) Dalam perkara melihat anak bulan syahadah seorang lelaki yang melihatnya boleh diterima.

(4) Keterangan seorang lelaki boleh diterima dalam hal keadaan yang berikut-

(5) Keterangan seorang perempuan boleh diterima dalam perkara-perkara yang biasanya dilihat atau dirasa oleh atau dalam pengetahuan seseorang perempuan.

MISALAN

(6) Dalam perkara-perkara selain daripada yang tersebut dalam subseksyen-subseksyen terdahulu, syahadah hendaklah diberi oleh dua orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.