ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PERBICARAAN JENAYAH



Seksyen 89. Amaran dan jaminan.

(1) Sebagai ganti sabitan, Mahkamah boleh memberi amaran dan melepaskan yang dituduh.

(2) Sebagai ganti hukuman ke atas seseorang yang disabitkan, Mahkamah boleh membuat perintah supaya ianya mengikat jamin supaya berkelakuan baik selama tidak lebih daripada satu tahun dan boleh menerima bon jamin dengan jumlah wang ditentukan, dengan penjamin atau tidak atau deposit wang. Jika dibuktikan ia telah melanggar syarat-syarat bon jamin, Mahkamah boleh memerintahkan supaya wang atas bon jamin itu dirampas dan dijadikan seperti denda. Rayuan boleh dibuat terhadap perintah ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.