ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII
BAB XXVII
Perkara Am



Seksyen 220. Salinan rekod prosiding.

(1) Jika pengadu atau orang yang dituduh atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan hukuman atau perintah yang diluluskan atau dibuat oleh Mahkamah ingin mendapat salinan hukuman, perintah atau mana-mana bahagian rekod prosiding dan dia membuat permohonan untuk mendapat salinan itu, Mahkamah hendaklah memberikannya:

Dengan syarat bahawa dia hendaklah membayar jumlah wang yang munasabah seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah untuk salinan itu, melainkan jika Mahkamah atas sebab-sebab istimewa memutuskan memberinya dengan percuma.

(2) Permohonan mendapatkan salinan rekod prosiding boleh dibuat pada bila-bila masa oleh Pendakwa Syarie tanpa bayaran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.