ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT



Seksyen 58. Pernyataan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama tidak boleh diterima dalam keterangan.

(1) Tertakluk kepada undang-undang keterangan yang berkuatkuasa dalam Negeri dan kepada subseksyen (2), (3) dan (4), pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dalam masa penyiasatan yang dijalankan di bawah Bab ini tidak boleh digunakan sebagai keterangan.

(2) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama dalam masa perbarisan cam boleh digunakan sebagai keterangan.

(3) Jika mana-mana saksi (selain daripada yang dituduh) dipanggil untuk pihak pendakwa atau pihak pembela, Mahkamah hendaklah atas permintaan orang yang dituduh itu atau Pendakwa Syarie merujuk kepada apa-apa pernyataan yang telah dibuat oleh saksi itu kepada seorang Pegawai Penguatkuasa Agama dalam masa penyiasatan yang dijalankan di bawah Bab ini, dan boleh kemudiannya, jika Mahkamah fikirkan manfaat demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya orang yang dituduh itu diberi suatu salinannya dan pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam pendakwaan tersebut.

(4) Jika seseorang itu dipertuduhkan atas apa-apa kesalahan berhubung dengan pernyataan palsu yang dibuat olehnya kepada seorang Pegawai Penguatkuasa Agama dalam masa penyiasatan di bawah Bab ini, maka pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam pendakwaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.