ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984
BAHAGIAN XVII - AFIDAVIT
Seksyen 108. Di hadapan siapa bersumpah.
Suatu afidavit yang hendak digunakan di dalam mana-mana prosiding di dalam Mahkamah bolehlah dipersumpahkan-
(a)
di dalam Negeri, di hadapan mana-mana Qadhi atau Pendaftar;
(b)
di lain-lain tempat di dalam Malaysia di hadapan Qadhi di tempat itu;
(c)
di lain-lain tempat di luar Malaysia di hadapan mana-mana Ketua orang-orang Islam yang diperakukan oleh Kedutaan Malaysia di tempat itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.