ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA UGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 58. Pemeriksaan saksi-saksi oleh Penyelia Ugama.


(1) Seseorang Penyelia Ugama yang membuat satu penyiasatan di bawah Bab ini boleh memeriksa sengan lisan mana-mana orang yang dianggap mengetahui akan keadaan-keadaan kes itu dan hendaklah menuliskan apa-apa penyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa demikian itu.

(2) Orang tersebut terpaksa menjawab segala soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan padanya oleh pegawai itu:

Dengan syarat bahawa orang tersebut boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkan dia kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau rampasan.

(3) Seseorang yang membuat sesuatu kenyataan di bawah seksyen ini hendaklah terpaksa menurut undang-undang menjawab dengan benar sama ada atau tidak kenyataan itu dibuat bagi menjawab keseluruhan atau sebahagian daripada soalan-soalan.

(4) Seseorang Penyelia Ugama yang memeriksa seorang di bawah seksyen-kecil (1) hendaklah terlebih dahulu memeklumkan kepada orang itu peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (2) dan (3).

(5) Sesuatu kenyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah apabila perlu dituliskan dan ditandatangani atau di cap jari oleh orang yang membuatnya di hadapan dua orang saksi sebagaimana yang berkenaan, selepas kenyataan itu dibacabalik kepadanya di dalam bahasa yang ia telah dibuat dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia kehendaki.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.