ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 93. Susunan pengemukaan dan pemeriksaan saksi

Susunan yang mengikutnya saksi dikemukakan dan diperiksa hendaklah dikawal selia oleh undang-undang dan amalan pada masa ini yang berhubung dengan tatacara mal dan jenayah yang terpakai bagi Mahkamah masing-masingnya, dan sekiranya tiada mana-mana undang-undang sedemikian, menurut budi bicara Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.