ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN III - YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA DAN PERJALANAN MAJLIS
Kuasa, Tugas dan Tanggungjawab Setiausaha



Seksyen 26. Minit.

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis.

(2) Pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang diperlukan.

(3) Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan hendaklah mengandungi rekod kata demi kata penuh bagi tiap-tiap ketetapan Majlis.

(4) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan draf minit itu hendaklah dihantar kepada Yang di-Pertua Negeri, dan jika semasa draf minit itu disahkan, minit itu dipinda, Yang di-Pertua Negeri hendaklah segera dimaklumi tentang pindaan yang dibuat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.