ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN KETERANGAN
Seksyen 197. Notis hendaklah diberikan bagi pembelaan alibi.
(1) Jika dalam mana-mana perbicaraan jenayah tertuduh bercadang mengemukakan pembelaan
alibi,
keterangan yang menyokongnya tidak boleh diterima melainkan jika tertuduh telah memberikan notis bertulis mengenainya kepada Pendakwa sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum perbicaraan dimulakan.
(2) Notis yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah, termasuk perkara-perkara mengenai tempat di mana tertuduh mendakwa dia berada pada masa pelakuan kesalahan yang baginya dia dipertuduh, berserta dengan nama dan alamat mana-mana saksi yang dia berniat untuk memanggilnya bagi maksud membuktikan
alibinya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.