ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 62. Anggapan tentang ketulenan salinan diperakui.

(1) Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulen tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan, salinan diperakui atau dokumen lain yang ditetapkan oleh undang-undang boleh diterima sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta tertentu, dan yang berupa sebagai diperakui dengan sewajarnya oleh mana-mana pegawai Kerajaan di dalam atau di luar Malaysia yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu:

Dengan syarat bahawa dokumen itu adalah pada matannya mengikut bentuk dan berupa sebagai disempurnakan mengikut cara yang diarahkan oleh undang-undang bagi maksud itu.

(2) Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa mana-mana pegawai yang olehnya mana-mana dokumen sedemikian berupa sebagai ditandatangani atau diperakui telah memegang, pada masa dia menandatanganinya, jawatan rasmi yang dinyatakannya dalam dokumen itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.