ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IX - PERKARA AM



Seksyen 187. Perlindungan Pegawai-pegawai dan kakitangan atau wakilnya.

Pegawai-pegawai dan kakitangan Majlis yang dipertanggungjawab di bawah Enakmen ini hendaklah tidak terkena ganti sesuatu kehilangan yang berbangkit daripada atau oleh kerana sesuatu tanaman modal yang dibuat mengikut peruntukan Enakmen ini, atau sesuatu kemungkinan memungut atau mendapat mana-mana wang atau harta-benda kepunyaan Majlis, melainkan kehilangan itu telah berlaku oleh kecuaian dengan sengaja atau dengan tipuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.