ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 155. Rayuan selepas tamat tempoh dan kecacatan formal.

Mahkamah Rayuan Syariah boleh menurut budi bicaranya, atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang mungkin dihalangi daripada berbuat demikian oleh sebab dia tidak mematuhi mana-mana formaliti atau kehendak Kanun ini, membenarkan sesuatu rayuan atas apa-apa terma dan dengan apa-apa arahan yang ia berpendapat adalah patut supaya keadilan boleh dilakukan dalam perkara itu, dan boleh, bagi maksud itu, melanjutkan apa-apa tempoh masa yang ditetapkan dalam seksyen 150 atau seksyen 152.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.