ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Pernyataan oleh orang-orang yang tidak boleh dipanggil sebagai Saksi



Seksyen 21. Kerelevanan keterangan yang tertentu bagi membuktikan dalam prosiding yang terkemudian tentang kebenaran fakta yang dinyatakan.

Keterangan yang diberi oleh seseorang saksi dalam suatu prosiding kehakiman atau di hadapan mana-mana orang yang dibenarkan oleh undang-undang mengambil keterangan itu adalah relevan bagi tujuan untuk membuktikan dalam suatu prosiding kehakiman yang terkemudian atau pada suatu peringkat yang kemudian kelak dalam prosiding kehakiman yang sarna, kebenaran fakta yang dinyatakan, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya memberi keterangan atau dihalang memberi keterangan oleh pihak lawannya, atau pun jika kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak berpatutan memandang kepada hal keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.