ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - PEMERIKSAAN SEKOLAH AGAMA OLEH PENDAFTAR, DLL.



Seksyen 25. Kuasa untuk menutup sekolah agama yang tidak berdaftar.

(1) Jika Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Nazir Sekolah, orang yang diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain sedang digunakan sebagai sekolah agama yang tidak berdaftar di bawah Enakmen ini atau sedang digunakan dengan melanggar Enakmen ini atau mana-mana syarat yang dikenakan oleh Pendaftar di bawah Enakmen ini, maka Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Nazir Sekolah, orang yang diberi kuasa atau pegawai polis itu, dengan disertai oleh mana-mana orang yang difikirkannya perlu boleh, tanpa menjejaskan penjalanan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 22, 23, dan 24, dengan serta-merta mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara menutup sekolah agama itu.

(2) Apa-apa tindakan yang diambil di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan atau tempat lain tidaklah menghalang Pendaftar daripada mendakwa mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan atau tempat itu sebagai sekolah agama yang tidak berdaftar di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.