ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993
BAHAGIAN VIII - PLIDING
Seksyen 52. Penyata tuntutan.
(1) Tiap-tiap penyata tuntutan hendaklah ditandatangani oleh plaintif atau Peguam
Syarie
nya dan hendaklah mengandungi -
(a)
huraian padat dalam perenggan-perenggan bernombor yang mengandungi fakta-fakta yang dihujahkan oleh plaintif dan menunjukkan alasan tindakannya, termasuk butir-butir mana-mana keupayaan khas plaintif jika ada;
(b)
butir-butir tuntutan yang mencukupi;
(c)
kenyataan pelepasan yang dituntut; dan
(d)
butir-butir mana-mana permohonan lain.
(2) Jika terdapat lebih dari satu alasan tindakan, tiap-tiap alasan dan relif yang dituntut mengenainya hendaklah dinyatakan satu persatu.
(3) Di dalam permohonan bercerai seorang suami atau isteri hendaklah membuat permohonan mengikut seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1992.
[
Enak.15/92
]
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.