ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Dokumen Awam
Seksyen 57. Dokumen awam.
Dokumen yang berikut adalah dokumen awam:
(a)
dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan
-
(i) kuasa pemerintah berdaulat;
(ii) badan-badan rasmi dan badan-badan pengadilan; dan
(iii) pegawai-pegawai awam, perundangan, kehakiman dan pemerintah, sama ada bagi Persekutuan atau bagi mana-mana negeri di dalam Persekutuan atau negara di luar Malaysia; dan
(b)
rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai dokumen sendirian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.