ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993
BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB II - MAHKAMAH JENAYAH
Seksyen 8. Bila orang awam mesti menolong Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai Polis.
Tiap-tiap orang mesti menolong Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai Polis, jika mereka itu secara munasabah meminta bantuan untuk -
(a)
menangkap atau menahan daripada melepaskan diri mana-mana orang yang mana Hakim, Pengawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis itu berkuasa menangkapnya; atau
(b)
mencegah satu gangguan keamanan yang timbul daripada tindakan untuk menangkapnya atau menahannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.