ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VI - PROSIDING KHAS
BAB XXI - PROSIDING DALAM KES-KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 172. Rekod fakta-fakta yang menjadi kesalahan.

Apabila tindakan diambil di bawah seksyen 171, Mahkamah hendaklah merekodkan fakta-fakta yang menjadi kesalahan itu, bersama dengan pernyataan (jika ada) yang dibuat oleh pesalah itu dan juga pendapat serta hukuman. Rekod itu mestilah menunjukkan jenis dan peringkat mana prosiding kehakiman Mahkamah yang bersidang itu telah diganggu atau dihina, dan jenis gangguan atau penghinaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.