ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VIII - DARIHAL ADUAN KEPADA HAKIM SYARIE



Seksyen 72. Pemeriksaan pengadu.

(1) Apabila Hakim Syarie mengambil tahu tentang suatu kesalahan atas aduan, Hakim Syarie itu hendaklah dengan serta-merta memeriksa pengadu itu yang berikrar mengikut Borang 8 seperti yang dinyatakan dalam Jadual dan kandungan pemeriksaan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah ditandatangani oleh pengadu itu dan juga oleh Hakim Syarie itu.

(2) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi sesuatu aduan mengenai suatu kesalahan jika saman adalah dipohonkan dalam sesuatu kes saman, yang dibuat oleh mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama yang bertindak atas sifat rasminya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.