ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 84. Pelantikan Pegawai Masjid.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melantik seorang Imam Besar Negeri Terengganu, dan seorang atau beberapa orang Imam bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Terengganu.

(2) Majlis hendaklah melantik, bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Terengganu, seorang atau beberapa orang Bilal.

(3) Bagi tiap-tiap masjid yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan selepas berunding dengan Majlis dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Imam dan Bilal hendaklah dilantik dari kalangan pegawai dalam perkhidmatan awam Negeri Terengganu.

(4) Bagi tiap-tiap masjid yang tidak ditetapkan di bawah subseksyen (3), jawatan Imam dan Bilal hendaklah dilantik dari kalangan anak qaryah bagi masjid itu.

(5) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa telah menjadi Imam Besar, Imam atau Bilal semua masjid di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Imam Besar, Ketua Imam, Imam atau Bilal masjid itu dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 86; terus memegang jawatan sebagai Imam Besar, Imam atau Bilal masjid itu.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.