ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI
Seksyen 82. Mahkamah boleh menganggap sesuatu fakta sebagai wujud.
Mahkamah bolehlah menganggap sebagai wujud apa-apa fakta yang difikirkan telah berlaku, setelah menimbangkan peristiwa tabii yang biasanya berlaku, kelakuan manusia, dan urusan awam dan peribadi dalam hubungannya dengan fakta hal tertentu itu.
Huraian 1
- Perjalanan kehakiman dan pentadbiran telah dilaksanakan mengikut peraturan.
Huraian 2
- Perjalanan biasa sesuatu urusan telah dibuktikan dalam sesuatu hal tertentu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.