ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XVI - AFIDAVIT
Seksyen 108. Ekshibit.
(1) Tiap-tiap ekshibit pada afidavit hendaklah ditandakan oleh orang yang mengambil ikrar seperti berikut -
" Ini adalah ekshibit yang ditanda "....................." yang tersebut di dalam afidavit ............................. yang diikrarkan di hadapan saya pada .................... 19 ..............".
(2) Semua ekshibit hendaklah berada di dalam jagaan orang yang membuat afidavit, kecuali jika Mahkamah memerintahkan sebaliknya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.