ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 154. Bersekedudukan yang haram di antara orang-orang yang bercerai.

(1) Seseorang setelah sah menceraikan isterinya berbalik bersekedudukan semula sebagai suami-isteri dengan tidak melafazkan rujuk yang sah adalah melakukan kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana isteri yang tahu ianya telah diceraikan bersyubahat melakukan kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) seksyen ini hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.