ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Peruntukan Am



Seksyen 65. Bahasa dan rekod.

(1) Bahasa Mahkamah hendaklah Bahasa Malaysia dan segala suratan dan prosiding bertulis bolehlah disediakan dengan menggunakaf skrip Jawi atau Rumi.

(2) Sesiapa yang ingin mengemukakan mana-mana saksi di dalam Mahkamah yang mana saksi itu tidak boleh bertutur atau memahami Bahasa Malaysia hendaklah atas perbelanjaannya sendiri memperuntukkan jurubahasanya sendiri.

(3) Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menyimpan dan menyenggara rekod-rekod yang penuh dan sempurna bagi segala prosiding di dalamnya dan juga kira-kira yang lengkap dan sempurna bagi segala urusan kewangan Mahkamah dan hendaklah menjelaskan segala wang yang diterima mengikut cara yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.