ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI
Darihal Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah



Seksyen 143. Ketidakhadiran pihak menentang.

Jika pada masa pembicaraan mengenai rayuan, pihak menentang tidak hadir, maka Mahkamah tidaklah boleh membuat apa-apa perintah di dalam perkara rayuan yang bertentangan atau yang membawa mudarat terhadap pihak menentang, tetapi hendaklah menangguhkan perbicaraan rayuan itu ke suatu hari akan datang supaya dia hadir, dan hendaklah mengeluarkan notis kepadanya untuk disampaikan melalui Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.