ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 13. Memeriksa orang yang berada dalam mana-mana tempat yang digeledah dengan waran.


Apabila pengeledahan ke atas apa-apa benda dijalankan dengan sah di mana-mama tempat berkenalan dengan satu-satu kesalahan, semua orang yang berada di dalam tempat itu bolehlah ditahan dengan sah sehingga habis penggeledahan itu, dan jika barang yang dicari itu adalah satu bentuk yang boleh disembunyikan pada badan orang itu, maka mereka bolehlah diperiksa untuk mencari barang itu di hadapan Qadhi atau pegawai polis yang tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.