ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan Tentang Dokumen



Seksyen 64. Anggapan tentang Warta akhbar, dsb.

Mahkamah hendaklah menganggap ketulenan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai Warta Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, atau berupa sebagai akhbar atau jurnal dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarah oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh mana-mana orang, jika dokumen itu disimpan pada hakikatnya mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikemukakan daripada jagaan wajar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.