ENAKMEN 11 TAHUN 1981
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN UGAMA BUKAN ISLAM 1981


Seksyen 7. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa ugama bukan Islam kepada orang Islam

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dari dalam negeri, menghantar atau menyerahkan atau menyebabkan dihantar atau diserahkan kepada seorang lain yang berugama Islam di dalam atau di luar negeri, atau, dari luar negeri, menghantar atau menyebabkan dihantar atau diserahkan kepada seorang lain yang berugama Islam di dalam negeri, apa-apa terbitan mengenai apa-apa ugama bukan Islam, atau apa-apa bahan iklan bagi mana-mana terbitan itu, yang tidak diminta oleh orang lain itu sendiri.

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyenkecil (1) boleh dikenakan denda sebanyak tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tiga bulan atau kedua-duanya.

(3) Bagi maksud seksyenkecil (1), sesuatu terbitan yang dihantar atau diserahkan kepada atau di alamat seseorang hendaklah dianggap sebagai diserahkan kepada orang itu.

(4) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyenkecil(1) bahawa orang yang dituduh itu mempunyai sebab untuk mempercayai, dan sebenarnya mempercayai, bahawa orang yang kepadanya terbitan yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan bukan orang Islam.

(5) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyenkecil (1) bahawa orang yang kepadanya terbitan yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan telah membuat permintaan bagi mendapatkannya jika permintaan itu telah didorong oleh orang yang dituduh itu atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang dituduh itu.

(6) Seksyenkecil (1) tidak dipakai-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.