ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PERBICARAAN JENAYAH



Seksyen 83. Jaminan dan tahanan.

(1) Apabila seseorang yang dituduh dikemukakan di hadapan Mahkamah maka Mahkamah itu boleh terus mendengar pertuduhan terhadap orang itu atau menangguhkan atau menunda kes itu dengan syarat-syarat yang difikirkannya menasabah dan bagi selama masa yang difikirkannya berpatutan dan boleh membenarkan jaminan kepada orang yang dituduh itu. Jaminan boleh dibuat dengan wang tunai atau bon dengan penjamin atau tidak. Pada masa mengeluarkan waran tangkap, Mahkamah itu boleh memberi kuasa kepada Polis untuk memberi jamin dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Mahkamah.

(2) Jika pendengaran pertuduhan terhadap seseorang yang dituduh itu ditangguhkan atau ditunda, maka orang itu hendaklah melainkan jamin telah diberi ditahan dengan waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah dan ditahan di dalam penjara sampai masa pembicaraan.

(3) Mana-mana Mahkamah tidak boleh menahan seseorang yang dituduh pada satu masa untuk tempoh lebih daripada 7 hari.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.