ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB X
Darihal perbicaraan



Seksyen 99. Kuasa untuk memberikan pampasan.

(1) Jika dalam mana-mana kes Mahkamah membebaskan orang yang dituduh dan berpendapat bahawa aduan, maklumat atau pertuduhan itu adalah sia-sia sahaja atau hanya untuk menyusahkan orang dia bolehlah atas budi bicaranya, sama ada atas permintaan orang yang dituduh itu atau atas usulnya sendiri, memerintahkan pengadu atau orang yang membuat aduan atau memberi maklumat itu membayar kepada orang yang dituduh atau kepada tiap-tiap orang atau mana-mana jua orang yang dituduh sekiranya lebih daripada seorang, wang pampasan sedemikian yang tidak lebih daripada lima ratus ringgit, sebagaimana yang Mahkamah layak:

(2) Pada msa memberikan pampasan dalam sebarang prosiding sivil yang berikutnya mengenai perkara yang sama Mahkamah hendaklah mengambil kira banyaknya wang telah dibayar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.