ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 134. Kebenaran perlaksanaan.
(1) Perintah perlaksanaan tidaklah boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah-
(
a
) jika penghakiman itu adalah tertakluk kepada apa-apa syarat;
(
b
) pada bila-bila masa lebih daripada 6 tahun dari tarikh penghakiman itu dibuat;
(
c
) jika apa-apa perubahan telah berlaku oleh sebab kematian, serahhak atau sebaliknya pada orang yang berhak menguatkuasakan atau bertanggungan di bawah penghakiman itu;
(
d
) jika pemiutang penghakiman ingin menguatkuasakan penghakiman terhadap mana-mana orang selain daripada penghutang penghakiman yang dinamakan dalam penghakiman itu;
(
e
) jika hukuman penjara masih berkuatkuasa;
(
f
) kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 128(2), jika sesuatu perintah untuk bayaran secara ansuran masih berkuatkuasa; atau
(
g
) jika perlaksanaan telah digantung oleh Mahkamah.
(2) Sesuatu permohonan untuk mendapat kebenaran perlaksanaan boleh dibuat secara
ex parte
tetapi Mahkamah boleh memerintah penyampaian ke atas mana-mana pihak atau orang tertentu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.