ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN V - SAMAN



Seksyen 27. Borang saman.

(1) Tiap- tiap tindakan hendaklah dimulakan dengan saman yang hendaklah di dalam Borang 2.

(2) Pernyataan tuntutan hendaklah diendors di belakang saman dan hendaklah mematuhi kehendak seksyen 55.

(3) Jika pernyataan tuntutan itu terlalu panjang sehingga tidak praktik untuk mengendorskan kesemua pernyataan tuntutan itu di belakang saman ianya boleh disambung di dalam kertas atau kertas-kertas berasingan yang dilampirkan kepada saman itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.