ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Peruntukan Am



Seksyen 14. Fakta yang menunjukkan wujudnya keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh adalah qarinah.

Fakta yang menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan akal fikiran, seperti niat, pengetahuan, kesucian hati, kecuaian, kegopohan, niat jahat, atau niat baik terhadap seseorang tertentu, atau menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan tubuh badan atau perasaan tubuh, adalah qarinah apabila wujudnya sesuatu keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi persoalan atau relevan.

Huraian 1 - Sesuatu fakta releven yang menunjukkan wujudnya suatu keadaan akal fikiran releven mestilah menunjukkan bahawa keadaan fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubungan dengan perkara tertentu yang dipersoalkan.

Huraian 2 - Jika dalam pembicaraan seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu olehnya adalah qarinah dalam pengertian seksyen ini, maka sabitannya yang dahulu itu hendaklah juga menjadi suatu qarinah.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.