ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 8. Kontrek dan harta.


Majlis boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala jenis harta aleh dan takaleh, dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenainya, boleh memindahak, menyerahak, serah balik, cagarkan, menggadai, janji, diwarisi, diserah semula, memindahmilik atau melepaskan dengan jalan lain atau membuat urusan mengenai mana-mana harta aleh dan takaleh yang terletak hak kepada Majlis mengikut syarat-syarat sebagaimana difikirkan patut oleh Majlis mengikut Hukum Syara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.