ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
MESYUARAT MAJLIS



Seksyen 30. Perwakilan kuasa dan tugas-tugas.

(1) Majlis boleh, dengan ketetapan dan tertakluk kepada keadaan tertentu dan sekatan sebagaimana Majlis fikirkan patut, mewakilkan kepada Timbalan Yang Dipertua atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis tugas-tugas atau perlaksanaan perjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Pelaksanaan tugas dan perjalanan kuasa mengikut perwakilan kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha atau jawatankuasa hendaklah memberitahu Majlis semua perbuatan dan perkara yang dibuat olehnya atau oleh jawatankuasa itu mengikut perwakilan kuasa di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.