ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999

BAHAGIAN II - PEWUJUDAN WAKAF



Seksyen 4. Mula berkuat kuasa wakaf.

(1) Sesuatu wakaf hendaklah mula berkuat kuasa apabila kesemua rukun dan syarat wakaf itu disempurnakan melainkan diperuntukkan secara nyata bahawa ia akan mula berkuat kuasa selepas kematian waqif.

(2) Sesuatu wakaf yang telah berkuat kuasa, tidak boleh dijual atau dihibah oleh waqif atau diwarisi oleh mana-mana orang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.