ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 154. Pengecualian.

Semua kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran dan perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau dengan kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Enakmen ini hendaklah kekal berkuatkuasa, selagi ianya tidak berlawanan dengan atau digantikan dengan peruntukan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau diganti oleh kaedah perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran atau perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah peruntukan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.