ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 121. Mengeji pihak berkuasa atau pegawai Majlis.

Seseorang yang mengingkari, melanggar, membantah atau mengeji kewibawaan dan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua Agama Negeri ini, atau perintah Majlis, mana-mana jawatankuasa, Ahli-ahli, Pegawai-pegawainya, mana-mana Mahkamah, pegawai-pegawai yang mengetuai Mahkamah, Penyelia Agama, pegawai-pegawai masjid, atau mana-mana orang yang diberi kuasa adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.