ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN



Seksyen 66. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian nafkah.

Tertakluk kepada seksyen 62, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian tentang nafkah yang dibuat antara suami dan isteri, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, jika Mahkamah berpuas hati bahawa sesuatu perubahan material telah berlaku tentang hal keadaan, walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.