ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVIII - DARIHAL LUAR ATURAN DALAM PROSIDING



Seksyen 202. Peninggalan merangka pertuduhan.

(1) Tiada pendapat atau hukuman yang direkod atau dijatuhkan boleh disifatkan tak sah semata-mata atas alasan bahawa tiada pertuduhan telah dirangka melainkan jika pada pendapat Mahkamah rayuan, ketidakadilan telah disebabkan olehnya.

(2) Jika Mahkamah rayuan fikirkan bahawa ketidakadilan telah disebabkan oleh peninggalan untuk merangka suatu pertuduhan, Mahkamah itu hendaklah memerintahkan supaya perbicaraan baru diadakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.