ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN IV - HUKUMAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 40. Pemeriksaan Daftar Perkahwinan.

(1) Tiap-tiap Daftar Perkahwinan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Enakmen ini hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana orang setelah dibayar fee yang ditetapkan.

(2) Ketua Pendaftar atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah, setelah dibayar fee yang ditetapkan, memberi suatu salinan catatan dalam Daftar Perkahwinan, yang diperakui dengan tandatangan dan meterai jawatan Ketua Pendaftar atau Pendaftar itu, mengikut mana yang berkenaan, kepada seseorang yang menghendakinya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.