ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXIII - KEPAPAAN



Seksyen 252. Mendapat balik fee Mahkamah.

Apabila Mahkamah telah memerintah kos dibayar kepada seorang papa dan apa-apa amaun telah didapati balik olehnya dalam tindakan atau lain-lain pembicaraan, semua fee Mahkamah tersebut hendaklah menjadi terhutang oleh seorang papa itu seperti juga yang patut dibayar olehnya seolah-olah ianya bukan seorang papa tetapi hanya setakat amaun yang didapati balik itu dan Mahkamah boleh enggan membenarkan mana-mana pembicaraan selanjutnya bagi pihak orang pada itu diambil dalam tindakan atau lain pembicaraan sehingga fee mahkamah tersebut, atau sebahagian darinya telah dijelaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.