ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
PENUBUHAN DAN BIDANG KUASA



Seksyen 14. Perakuan-perakuan perwarisan.

Jika dalam proses mana-mana prosiding yang berhubung dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu, atau mana-mana bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-masingnya berhak, Mahkamah Syariah bolehlah, atas permintaan mahkamah atau pihak berkuasa itu, atau atas permohonan mana-mana orang yang menuntut menjadi benefisiari atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fee yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta sejajar dengan pendapatnya mengenai orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka dan mengenai kadar-kadar atau bahagian-bahagian yang mereka masing-masingnya berhak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.