ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 37. Perceraian taliq.


(1) Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat taliq yang dibuat apabila berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang demikian telah berlaku.

(2) Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai sahnya perceraian itu dan, jika berpuashati bahawa perceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syarak hendaklah mengesahkan dan merekodkan perceraian itu dan kemudiannya mendaftarkannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.