ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
WAKAF DAN NAZAR



Seksyen 65. Harta modal wakaf am dan nazar am.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), harta dan aset modal yang terlibat dengan mana-mana wakaf am dan nazar am yang sah tidak boleh menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Pentadbiran Am, tetapi hendaklah digunakan menurut sebagaimana kehendak-kehendak wakaf am dan nazar am itu dan dipegang sebagai kumpulan wang yang berasingan.

(2) Jika oleh sebab habis tempoh atau luput masanya atau dengan sebab perubahan atau keadaan adalah tidak mungkin lagi bermanfaat untuk menjalankan peruntukan-peruntukan yang tepat bagi mana-mana wakaf am dan nazar am, Majlis hendaklah menyusun suatu rancangan bagi menggunakan harta dan aset yang terletakhak kepadanya itu dengan cara yang sehampir mungkin dengan syarat-syarat dalam wakaf atau nazar itu:

Dengan syarat, bahawa Majlis bolehlah dengan kelulusan secara bertulis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, mengarahkan supaya harta dan aset itu hendaklah ditambah kepada dan menjadi sebahagian dari Kumpulan Wang Pentadbiran Am.

(3) Jika syarat-syarat bagi mana-mana wakaf am atau nazar am tidak menyebut cara bagaimana harta dan aset modal yang terletakhak kepadanya patut digunakan, atau menjadi kesamaran tentang bagaimana ia hendak digunakan, Majlis boleh mengarahkan supaya harta dan aset modal itu ditambah kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Pentadbiran am.

(4) Segala suratcara yang menjadi keterangan atau yang menyentuh mana-mana wakaf am atau nazar am serta dengan surat-surat hakmilik atau lain-lain cagaran yang bersabit dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.