ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 7 - DARIHAL PEMINDAHAN KES JENAYAH



Seksyen 204. Permohonan untuk mendapatkan pemindahan hendaklah disokong dengan afidavit.

(1) Tiap-tiap permohonan bagi penjalanan kuasa yang diberikan oleh seksyen 203 hendaklah dibuat melalui usul yang hendaklah disokong dengan afidavit.

(2) Tiap-tiap permohonan sedemikian hendaklah dibuat sebelum perbicaraan kesalahan itu berakhir.

(3) Tiap-tiap orang tertuduh yang membuat apa-apa permohonan sedemikian hendaklah memberi Ketua Pendakwa Syarie notis bertulis mengenai permohonan itu, bersama dengan suatu salinan alasan permohonan itu dibuat, dan tiada perintah boleh dibuat atas merit permohonan itu melainkan jika sekurang-kurangnya dua puluh empat jam telah berlalu antara pemberian notis itu dengan pendengaran permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.